Gelombang baharu Covid-19 tidak bawa risiko teruk - Utusan Malaysia

Gelombang baharu Covid-19 tidak bawa risiko teruk

KHAIRY JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Gelombang baharu Covid-19 yang  dihadapi negara lebih awal berbanding jangkaan tidak membawa risiko tinggi seperti gelombang awal jangkitan wabak tersebut.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, hal demikian dilihat apabila 95.6 peratus pesakit yang dijangkiti Covid-19 hanya perlu berehat di rumah dan bukan di hospital.

Menurut beliau, situasi itu sama seperti awal tahun ini ketika negara berdepan varian Omiron, tetapi kes harian tidak menunjukkan peningkatan ketara manakala individu dijangkiti  tidak terlalu teruk.

“Jumlah pesakit yang masuk ke hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan kematian adalah rendah. Ini bermaksud yang kita perlu hidup dengan Covid-19.

“Sebab itulah saya sarankan kepada mereka terutamanya warga emas untuk mengambil suntikan penggalak bagi berdepan dengan gelombang ini supaya dapat mengurangkan risiko jika berjangkit,” katanya ketika berucap pada Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat negeri ini di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, kira-kira 70 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan suntikan dos penggalak, namun jumlah penerima di Perlis hanya sekitar 43 peratus.

“Saya berharap lebih ramai lagi populasi dewasa dapat mengambil dos penggalak kerana jika mereka dijangkiti Covid-19 nanti hanya mengalami demam biasa berbanding yang belum ambil iaitu boleh berdepan dengan risiko jadi teruk,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya