Ernie Zakri beri 'hint' bakal adakan konsert? - Utusan Malaysia

Ernie Zakri beri ‘hint’ bakal adakan konsert?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri, memberi gambaran kepada peminatnya yang penyanyi itu bakal mengadakan konsert.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Misteri itu seolah memberi ‘hint’ mengenai konsertnya apabila peminat bertanya perkara tersebut di ruangan AskMe di Instastory.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, gambaran mengenai konsert itu lebih ‘kuat’, apabila seorang peminatnya ada bertanya mengenai anggaran harga tiket konsert penyanyi itu.

“Nak tanya anggaran harga tiket konsert… nak tengok tabung dah cukup ke belum hehe,” tanya seorang peminatnya.

“Akan datang kita umumkan, Amin,” jawab penyanyi lagu Ku Bersuara itu.

Selain itu, Ernie juga meminta mendoakan yang baik-baik apabila muncul peminat yang bertanya perkara sama.

“Kak Ninie dengan Bangmel ada buat konsert tak dalam masa terdekat?” tanya peminat yang lain.

“Doakan ya…” jawabnya lagi.

Kemudian, bintang itu turut menjawab ‘hint’ apabila ada seorang lagi peminatnya bertanya mengenai konsertnya akan datang.

“Bolehkah untuk berkongsi tentang konsert anda?” tanya juga peminat lain.

“Hint!” jawabnya ringkas.

Selepas penyanyi, Aina Abdul, berjaya mengadakan konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) 2.0 selama dua hari baru-baru ini, peminat Ernie juga menantikan konsert dari penyanyi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN