Feri Langkawi perlu diiktiraf pengangkutan awam

Feri Langkawi perlu diiktiraf pengangkutan awam

NOR SAIDI NANYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi wajar diiktiraf sebagai pengangkutan awam bagi membolehkan pengusaha menikmati diesel bersubsidi sekali gus menjamin kestabilan operasi.

Penasihat Pertubuhan Amal Rakyat Langkawi, Nor Saidi Nanyan berkata, langkah itu juga dilihat mampu mengelakkan peningkatan kos perjalanan yang terpaksa ditanggung rakyat.

Beliau berkata, feri adalah penghubung utama antara Langkawi dan tanah besar yang sering digunakan bagi urusan keluarga, perkhidmatan kerajaan, aktiviti sosial serta sektor pelancongan, selain menjadi tulang belakang pergerakan rakyat dan ekonomi tempatan.

“Sebelum pandemik Covid-19, hampir dua pertiga pelancong memasuki Langkawi melalui Jeti Kuah menggunakan feri namun kini angka itu merosot kepada kurang satu pertiga.

“Keadaan ini berpunca daripada perkhidmatan tidak konsisten serta pelbagai isu berpanjangan yang masih gagal diselesaikan secara menyeluruh termasuk isu kenaikan bahan api diesel,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, akhbar ini me­laporkan, catuan trip perjalanan feri bagi laluan Langkawi-Kuala Ke­dah-Langkawi dan Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi sejak minggu lalu menyukarkan pergerakan penduduk pulau peranginan itu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN