Empat pelajar Malaysia ke akademi tentera berprestij AS

Empat pelajar Malaysia ke akademi tentera berprestij AS

EMPAT Kadet Tentera Malaysia, Edlan Mikyad Ahmad Syamly (dua dari kanan) bakal ditempatkan di USMA di Westpoint, New York manakala Muhamad Danish Imran Zainudin (kanan) dan Qarin Loqman Safriza (kiri) dilatih di USNA, Maryland, dan Zarif Mohd Zamrin (dua dari kiri) pula menerima latihan di USAFA, Colorado. - IHSAN/US EMBASSY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Empat pelajar Malaysia mengharumkan nama negara apabila berjaya melanjutkan pengajian di tiga akademi tentera berprestij Amerika Syarikat (AS), tahun ini.

Para pelajar terbabit adalah Muhamad Danish Imran Zainudin dan Qarin Loqman Safriza dari Maktab Tentera Diraja yang melanjutkan pengajian ke Akademi Tentera Laut AS (USNA).

Zarif Mohd. Zamrin dan Edlan Mikyad Ahmad Syamly dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pula masing-masing melanjutkan pengajian ke Akademi Tentera Udara AS (USAFA) dan Akademi Tentera AS (USMA) West Point.

Kuasa Usaha Kedutaan AS di Malaysia, Michael Newbill berkata, kurang daripada 20 peratus pemohon antarabangsa dipilih kerana proses pemilihan adalah sangat ketat dan berdaya saing, calon dinilai berdasarkan prestasi akademik, kebolehan fizikal, perwatakan dan potensi kepemimpinan mereka. 

Empat kadet terlibat melalui proses pemilihan yang ketat dan berjaya terpilih bagi mengisi 15 slot yang diperuntukkan untuk calon antarabangsa bagi setiap akademi.

“Tahniah kepada kadet dan keluarga mereka atas pencapaian luar biasa ini,” katanya.

Kesemua kadet tersebut diraikan dalam satu majlis penyampaian sijil pelantikan yang disempurnakan Newbill dan disaksikan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zaidan Atan.

Katanya, Malaysia kini mempunyai lima kadet di Akademi Perkhidmatan AS iaitu satu di Akademi Tentera Amerika Syarikat, dua di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat dan dua di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat.  

Perkembangan itu menyaksikan terdapat sembilan pelajar Malaysia meneruskan pengajian di Akademi Tentera AS.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya