Dua pekerja pembersihan Stadium Sultan Ibrahim maut - Utusan Malaysia

Dua pekerja pembersihan Stadium Sultan Ibrahim maut

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Dua pekerja syarikat pembersihan maut  terjatuh ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, kedua-dua mangsa lelaki tempatan berusia 34 dan 35 tahun itu mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menyelenggara fasiliti milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kedua-dua mangsa secara tiba-tiba terjatuh ketika sedang bertugas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih dijalankan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kamarul Zaman berkata, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk dibedah siasat.

Sementara itu, JDT menzahirkan rasa simpati atas kejadian melibatkan dua pekerja dari syarikat pembersihan profesional yang dikontrakkan untuk menyelenggara fasiliti kelab berkenaan.

“JDT sedang menunggu laporan penuh mengenai insiden tersebut daripada pihak berwajib dan syarikat yang dikontrakkan untuk menyelenggara stadium,” katanya menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya