Dua lelaki cuba sogok pegawai kanan polis RM25,000 gagal

Dua lelaki cuba sogok pegawai kanan polis RM25,000 gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan dua lelaki cuba menyogok pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM25,000 tidak berjaya selepas mereka ditahan semalam.

Penahanan itu dilakukan selepas satu operasi Op Kontraban dijalankan Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah rumah di Kepong dekat sini.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua lelaki berusia 40 dan 46 tahun itu ditahan selepas cuba melakukan sogokan.

Kata beliau, menerusi operasi sama, dua lagi individu terdiri seorang warga tempatan dan warganegara Sri Lanka turut ditahan.

“Sebanyak 34,536 tin minuman keras jenis Beer selain 889 botol aram jenama Liquor telah dirampas.

“Turut disita iaitu dua buah kereta pacuan empat roda (4X4) dan wang tunai RM42,157.50 dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1.22 juta.

Jelas beliau, salah seorang daripada suspek pernah ditahan di lokasi dan kesalahan yang sama pada 16 Mac lalu dengan nilai rampasan RM736,658.99.

Kata beliau, kesemua suspek telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul bagi siasatan di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

“Kejayaan operasi ini adalah hasil kerjasama PDRM dan SPRM di dalam meningkatkan keberhasilan serta memastikan ketelusan operasi yang dijalankan agar lebih berintegriti dan efektif selaras hasrat pucuk pimpinan PDRM,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya