Dedikasi istimewa Sharnaaz buat Shukri curi perhatian warganet

Dedikasi istimewa Sharnaaz buat Shukri curi perhatian warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon berbakat besar, Sharnaaz Ahmad, mencuri perhatian warganet apabila mendedikasikan sebuah coretan manis buat sahabat baiknya yang juga pelakon terkenal, Shukri Yahaya, sempena ulang tahun kelahiran pelakon tersebut.

Menerusi entri Instagram, pelakon filem Jebat itu memuat naik beberapa foto bersama Shukri sempena hari lahirnya.

“Selamat hari lahir buat sahabat, brother kesayangan gua (saya)… Aku rasa hang (kau) tahu dah macam mana aku sayang dekat hang.

“Jadi, hanya kekal seperti anda…kekal rendah hati dan sentiasa menjadi yang terbaik dengan apa yang hang buat.

“Semoga terus sukses, bahagia disamping @tyaadnan dan juga Ameena serta pak Maliki. Terima kasih kerana banyak tone down aku jadi lebih berguna di masa ini… Sayang awak selalu,” tulisnya.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati kedua-dua peminat pelakon berkenaan tampil menulis komen pada perkongsian Sharnaaz itu.

Rata-rata warganet menzahirkan rasa kagum dengan ikatan persahabatan mereka selain menyifatkan Sharnaaz adalah seorang sahabat yang ‘sweet’.

“Comellah depa (mereka) berdua ini. Sahabat sejati dunia akhirat,” komen seorang warganet.

“Sharnaaz yang garang-garang pun sweet juga bagi ucapan buat sahabat dia…” komen juga seorang warganet.

“Sahabat yang boleh menyentuh hati batu kita ini ‘limited edition’. Syukur dipertemukan,” tulis warganet lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN