sembilan mati

Covid-19: 9 kematian, 4 kematian luar hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,127 kes berbanding kelmarin, 1,326 kes sekali gus diatasi 1,547 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 598 kes diikuti Kuala Lumpur (170), Pulau Pinang (78) dan Sabah (63).

Diikuti, Perak (47), Johor (44), Kedah (34), Negeri Sembilan (26). Sarawak (22), Melaka (12), Kelantan (10), Pahang (8), Terengganu (7), Putrajaya (6), Perlis (3) dan Labuan, sifar kes.  

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 407 orang berbanding kelmarin, seramai 396 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 25 kes berbanding jumlah kelmarin, 22 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 12 kes berbanding jumlah kelmarin, 11kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,014 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, sembilan kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,699 kes. 

Selain itu, empat kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,567 kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN