Bomba selamatkan lelaki pengsan di Gunung Datuk - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan lelaki pengsan di Gunung Datuk

PASUKAN bomba menyelamatkan seorang lelaki berusia 57 tahun yang ditemukan dalam keadaan separuh sedar di puncak Gunung Datuk, Rembau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang lelaki yang pengsan di puncak Gunung Datuk di sini diselamatkan pasukan bomba malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata, pihak bomba pada awalnya menerima panggilan pukul 11.18 pagi berhubung terdapat seorang lelaki pengsan di puncak gunung tersebut.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota dikejarkan ke lokasi berkenaan yang terletak sejauh enam kilometer.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta Tampin turut dikejarkan ke lokasi bagi membantu kerja-kerja penyelamatan.

“Mangsa berusia 57 tahun itu ditemukan dalam keadaan separuh sedar di puncak Gunung Datuk oleh pasukan bomba kira-kira pukul 1.59 petang. Pasukan bomba membawa mangsa turun menggunakan pengusung.

“Semasa dalam perjalanan membawa mangsa turun, pasukan berdepan dengan satu lagi kes menyelamat membabitkan seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun yang cedera ringan di bahagian kaki semasa di tempat pemeriksaan pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, mangsa yang cedera berkenaan dibawa turun dengan selamat kira-kira pukul 4.39 petang manakala lelaki yang pengsan tersebut pula berjaya dibawa turun pada pukul 7.42 malam.

“Mangsa yang ditemukan separuh sedar itu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada pukul 7.55 malam tadi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya