Bekalan minyak masak peket perlu disemak

Bekalan minyak masak peket perlu disemak

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu menyemak bekalan minyak masak peket susulan pemansuhan subsidi minyak masak berbotol antara dua hingga lima kilogram bermula 1 Julai ini. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, keadaan itu bakal menyebabkan bekalan minyak peket terganggu di pasaran hingga membebankan golongan kritikal termasuk peniaga-peniaga kecil dan mereka yang kurang berkemampuan.

Katanya, pelupusan terlalu banyak subsidi secara serentak memberi kesan buruk kepada rakyat dalam situasi harga barang yang naik mendadak ketika ini.

“Kita risau apabila subsidi minyak masak dilupuskan, maka orang ramai mula mencari minyak peket.

“Apa nasib ibu tunggal yang meniaga di tepi jalan dan sebagainya jika bekalan minyak masak itu tidak mencukupi?” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 50 kotak makanan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan pemansuhan subsidi minyak masak berbotol susulan banyak diseleweng oleh pihak industri, komersial dan aktiviti penyeludupan.

Katanya, kegiatan itu menyebabkan program kerajaan untuk membantu golongan terkesan akibat pandemik Covid-19 tidak lagi mencapai matlamat sebenar.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR turut menggesa kerajaan mengemukakan perancangan rasionalisasi subsidi yang terperinci untuk jangka masa panjang bagi melegakan rakyat yang dalam kebimbangan.

Sehubungan itu, katanya, kalangan menteri berkaitan perlu membuat penjelasan mengenai perancangan masing-masing dalam mengatasi isu kos harga barang terutama hingga akhir tahun ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.