Banyak barang bayi nak beri - Anzalna Nasir mahu bantu rider gendong bayi

Banyak barang bayi nak beri – Anzalna Nasir mahu bantu rider gendong bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Anzalna Nasir, berhasrat untuk membantu penghantar makanan yang tular di TikTok baru-baru ini.

Hasrat tersebut disuarakan pelakon drama popular Memori Cinta Suraya itu menerusi satu hantaran di Instastorynya.

Menurut Anzalna, dia mahu menghulurkan sumbangan keperluan bayi sekiranya anak individu tersebut adalah lelaki.

“Rezeki abang ini dapat motor baharu. Anak abang ini lelaki ke?

“Kalau lelaki, boleh datang ke rumah Anzalna banyak barang-barang bayi nak beri kepada dia,” tulisnya.

Sebelum ini, pengguna TikTok, @abamskhai memuat naik rakaman video mengenai seorang penghantar makanan yang menunggang motosikal sambil menggendong bayinya  keluar mencari rezeki.

Semalam, Ebit Lew menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada rider berkenaan selain memintanya
mencari pengasuh supaya bayi digendong tidak perlu dibawa ketika keluar bekerja.

Dalam pada itu, Anzalna juga merakamkan penghargaan kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, yang segera tampil membantu selepas kisah rider berkenaan tular di media sosial.

“Hanya Allah yang dapat membalas jasa @ebitlew,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN