KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan ekoran kebanyakan kawasan di sini dilanda hujan.
Menurut DBKL, kakitangan pihaknya bersama agensi sahabat sedang berada di lapangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.
“Warga kota dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam menjalankan aktiviti seharian dan sentiasa mematuhi arahan lalu lintas ketika memandu,” menurut laman Facebook rasminya, hari ini. – UTUSAN










