veteran tentera

‘Ahli su­kan boleh dapat ganjaran berjuta, mengapa tidak vete­ran tentera?’

ZAINI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalau ahli su­kan boleh dapat ganjaran hampir berjuta, mengapa tidak vete­ran tentera?”

Demikian persoalan dilontarkan bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said mengenai kewajaran kerajaan menilai semula jumlah elaun pe­nerima pingat kebesaran yang diterima veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, pihaknya turut me­nuntut kerajaan menyegerakan pemberian elaun kepada pe­­nerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini.

Katanya, kedua-dua cada­ngan itu disifatkan wajar dengan perjuangan veteran menentang ancaman negara, sebagaimana ahli sukan yang beraksi mengharumkan nama Malaysia.

“Jumlah elaun penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) juga sebenarnya perlu dinilai juga. Be­gitu juga dengan penerima PJM yang kadangkala dilihat macam sampah.

“Tiada apa-apa walaupun ia berbentuk pengiktirafan. Kalau ahli sukan boleh dapat ganjaran hampir berjuta-juta ringgit, mengapa tidak veteran tentera?

“Lagipun, kami penerima pingat hanya tinggal beberapa kerat. Itu pun ada yang sudah terlantar sakit. Jadi saya mohon naikkanlah elaun tersebut,” katanya baru-baru ini.
Penerima pingat PGB dan SP menerima elaun RM1,500 dan RM2,000 sebulan.

Bagi penerima PJM, elaun diberikan secara one off bergantung kepada kedudukan kewangan negara dan pelaksanaan pemberian elaun kenangan masih dalam pertimbangan kerajaan sehingga kini.

Sebanyak 29,821 warga vete­ran ATM sudah menerima PJM manakala bagi veteran yang layak dan belum lagi di­anugerah­kan akan dilakukan pada masa depan.

Dalam pada itu, Zaini berkata, cadangan Menteri Pertahanan sebelum ini yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mewajibkan perkhidmatan selama 21 tahun kepada anggota tentera perlu disegerakan.

Katanya, pindaan Akta Angkatan Tentera 1972 perlu dilaksanakan dengan turut melihat kepada beberapa terma yang lain sebagai langkah menambah baik skim perkhidmatan.

“Perkara-perkara sebegini akan melibatkan banyak proses termasuk penggubalan Akta Angkatan Tentera 1972 di Parlimen. Cuma janganlah sampai berpuluh tahun,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN