40 set bubu naga dirampas di perairan Pulau Pinang

40 set bubu naga dirampas di perairan Pulau Pinang

SEBANYAK 40 set bubu naga dirampas Maritim Malaysia di tiga lokasi berbeza di kedudukan kira-kira 1.4 batu nautika barat perairan Pulau Burung, Pulau Pinang antara pukul 2.40 hingga 3 petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang merampas sebanyak 40 set bubu naga di tiga lokasi berbeza di kedudukan kira-kira 1.4 batu nautika barat perairan Pulau Burung, Seberang Perai Selatan (SPS) antara pukul 2.40 hingga 3 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, semasa bot ronda KILAT 26 melaksanakan rondaan rutin, anggota penguat kuasa telah menemukan beberapa pelampung yang mencurigakan di tiga lokasi berbeza.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati sebanyak 40 set bubu naga dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab di kawasan tersebut.

“Kesemua bubu naga dengan anggaran nilai RM4,800 itu dirampas dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tegas Abd. Razak, penggunaan bubu naga diharamkan kerana sifatnya yang tidak selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain.

Katanya, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah tidak dibenarkan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan komuniti nelayan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukkan.

“Maritim Malaysia akan terus memantau aktiviti haram tersebut dari semasa ke semasa dan meminta kerjasama orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

“Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya