293 jemaah haji penerbangan kumplan keempat selamat berlepas

293 jemaah haji penerbangan kumplan keempat selamat berlepas ke Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 293 jemaah haji penerbangan kumpulan keempat (KT04) selamat berlepas ke Tanah Suci, tengah hari tadi. 

Menurut Tabung Haji, jemaah haji KT04 itu bertolak dari Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.45 pagi tadi dan berlepas ke Madinah pada pukul 12.43 tengah hari. 

“Mereka dijangka sampai pada pukul 4.20 petang waktu Arab Saudi. Semoga perjalanan jemaah haji Malaysia dipermudahkan Allah SWT,” menurut laman Facebook rasmi, hari ini. 

Ketika ini dianggarkan kira-kira 876 jemaah haji sudah berada di Tanah Suci sejak penerbangan kumpulan pertama pada Sabtu lalu. 

Dianggarkan sejumlah 14,306 individu dijangka menjadi tetamu Allah mengikut ketetapan kuota rasmi Malaysia bagi musim haji 1443H/2022M. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN