284 jemaah haji kumpulan ketiga selamat tiba di Madinah

284 jemaah haji kumpulan ketiga selamat tiba di Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 284 jemaah haji bagi penerbangan kumpulan ketiga (KT03) yang berlepas tengah malam tadi, selamat tiba di Madinah kira-kira pukul 10.40 pagi tadi (waktu Malaysia). 

Angka itu menjadikan kira-kira 876 jemaah haji sudah berada di Tanah Suci sejak penerbangan kumpulan pertama pada Sabtu lalu. 

“Jemaah haji KT03 selamat mendarat di Madinah pada pukul 4.47 pagi (waktu Saudi),” menurut laman Facebook Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Terdahulu, penerbangan kumpulan ketiga itu berlepas ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabngsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.45 malam tadi.

Dianggarkan sejumlah 14,306 individu dijangka menjadi tetamu Allah mengikut ketetapan kuota rasmi Malaysia bagi musim haji 1443H/2022M. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN