20 individu terlibat pergaduhan diburu

Polis buru 20 individu terlibat pergaduhan

RAKAMAN pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 20 individu yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan di Jalan Radin Bagus Sri Petaling pada Isnin lalu diburu polis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi, seorang lelaki yang juga pengadu bersama rakannya sedang makan di sebuah gerai sebelum mendapati dua kumpulan lelaki sedang merusuh.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kesemua suspek itu dipercayai bergaduh di antara satu sama lain dengan menggunakan senjata besi dan botol arak.

Kata beliau, rentetan pergaduhan itu, suspek turut bertindak merosakkan beberapa buah kereta termasuk keretanya yang diparkir di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kereta pengadu mengalami kerosakan pecah cermin belakang dan cermin penumpang belakang sebelah kanan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amihizam berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh tampil membantu siasatan.

“Mereka boleh menghubungi talian hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya