17 android box dirampas, langgar hak cipta

17 android box dirampas, langgar hak cipta

KPDNHEP merampas android box dalam serbuan di tiga premis  di Petaling Jaya, Selangor. - IHSAN KPDNHEP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 17 unit alat teknologi penstriman (android box) bernilai RM6,800 dalam serbuan di tiga premis di Petaling Jaya, Selangor pada 22 Jun lalu. 

Pengarah Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat pemilik hak cipta serta risikan awal dilakukan KPDNHEP beberapa hari sebelum itu. 

Beliau berkata, pihaknya turut merampas  dokumen berkaitan yang disyaki mengandungi karya hak cipta seperti yang diadukan pemilik hak cipta. 

“Selain itu, kami menahan dua lelaki masing-masing seorang warga tempatan dan seorang lagi bukan warganegara berusia lingkungan 30-an untuk siasatan lanjut. Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 43AA Akta Hak Cipta 1987 iaitu melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan menjual suatu teknologi penstriman,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. 

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya