Zuraida tinggal Bersatu tak bermakna parti lemah - Utusan Malaysia

Zuraida tinggal Bersatu tak bermakna parti lemah

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tindakan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak bermakna Bersatu dalam keadaan lemah.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan Zuraida itu adalah kehendak Ahli Parlimen Ampang  itu sendiri dan tiada kaitan dengan keadaan parti yang dituduh lemah.

Katanya, malah Bersatu sebuah parti yang kuat berdasarkan jumlah yang dibarisi parti itu dalam Kabinet.

“Bersatu tidak lemah. Mana-mana orang yang keluar dari mana-mana parti, itu kehendak dia sendiri dan dia tidak ada kena mengena dengan  kedudukan parti.

“Yang penting kita tak gentar. Bersatu parti yang kuat seperti yang ada dalam Kabinet, jadi jangan cuba mengadu domba kerana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  jadi Perdana Menteri,  jumlah kedudukan (sokongan) yang ada pada beliau sedikit saja, yang lain-lain itu dari parti-parti lain.

“Jadi saya nak ingatkan Ahmad Maslan jangan rasa besar sangat,” kata beliau pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Hamzah ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan tindakan Zuraida keluar daripada Bersatu menunjukkan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah.

Thailand

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, Malaysia dan Thailand akan berbincang mengenai isu keselamatan pintu sempadan kedua-dua negara khususnya daripada serangan pengganas susulan kejadian siri  letupan bom dan tembakan yang berlaku di Tak Bai, Thailand baru-baru ini.

Kata Hamzah, eliau akan  bertemu dengan menteri dalam negeri Thailand dalam masa terdekat bagi membincangkan kerjasama dua negara  termasuk mendapatkan kepastian mereka yang telah disenaraikan sebagai pengganas melibatkan kedua-dua negara.

“Saya akan berunding dan bertemu dengan menteri dalam negeri Thailand untuk membincangkan bagaimana mendapatkan kepastian mereka yang disenaraikan sebagai pengganas.

“Sama ada mereka yang dari sana (Thailand) untuk masuk ke negara kita atau mereka yang telah disenaraikan dari Malaysia ke sana. Itu semua akan dibincangkan.

“Kita mahu kerjasama yang diadakan antara Malaysia-Thailand itu nanti dapat memastikan bahawa pengganas ini adalah sesuatu yang merugikan mana-mana negara pun,” katanya.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya