Video tetak pekerja lebuh raya kes lama

Video tetak pekerja lebuh raya kes lama

MUHAMMAD IDZAM JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakaman video memaparkan seorang lelaki menetak pekerja lebuh raya dengan pedang samurai yang tular di media sosial semalam, adalah kejadian yang berlaku kira-kira empat tahun lalu.

Rakaman video berdurasi 24 saat itu dipercayai diulang siar oleh satu pemilik akaun Facebook.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, semakan polis mendapati kejadian sebenar berlaku pada 2018 di Jalan Alam Damai, dekat sini.

“Suspek lelaki tempatan sudah ditahan dan dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Idzam berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab tularkan semula video berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mengulang siar gambar atau video lama bagi mengelak kekeliruan dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat serta berharap orang ramai memeriksa kesahihan sebelum berkongsi.

Semalam, video kejadian pergaduhan menunjukkan lelaki memegang pedang samurai menetak belakang seorang pekerja lebuh raya tular di Facebook hingga dikongsi lebih 7,000 pengguna dan mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya meminta polis mengambil tindakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN