PETALING JAYA: Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) heboh diperkatakan akan dikembalikan semula dengan diberi jenama baharu. Selain tular dalam media sosial, topik perbualan perkara itu turut menjadi cakap-cakap dalam portal-portal pendidikan di Facebook yang dipercayai dianggotai guru-guru kanan serta pembuat dasar yang membayangkan perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat. Kementerian Pendidikan memansuhkan UPSR bermula tahun lalu berikutan kekangan pembelajaran ekoran pandemik Covid-19. Peperiksaan PT3…










