IPOH: Keadaan trafik melibatkan laluan lebuh raya utara selatan di negeri ini menuju utara bergerak perlahan hari ini berikutan orang ramai pulang ke kampung sempena Aidilfitri.
Semakan di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati kesesakan berlaku di beberapa lokasi berikutan jumlah kenderaan yang banyak.
Setakat pukul 10.44 pagi tadi, trafik dilaporkan sesak menuju arah utara dari Hospital Sungai Buloh di Selangor ke Tanjung Malim, Behrang ke kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Tapah, Tapah ke Gopeng, Ipoh Selatan ke Terowong Menora, selepas Terowong Menora ke Sungai Perak dan Bandar Baharu ke Jawi. – UTUSAN