Tindakan tegas kempen kesihatan palsu - Utusan Malaysia

Tindakan tegas kempen kesihatan palsu

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebarang kempen kesihatan yang dikenal pasti palsu mesti disiasat dan dikenakan tindakan segera, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau menegaskan, tindakan tersebut bagi memastikan rakyat termasuk warga emas tidak terpengaruh dengan kempen yang dijalankan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita kena siasat tapi saya belum sempat lagi baca laporan berita tersebut. Tapi apapun kempen kesihatan yang dikenal pasti palsu mesti disiasat dan dikenakan tindakan segera.

“Kita tidak mahu rakyat terutama warga emas terpedaya dengan kempen atau skim seumpama ini. Tindakan tegas akan dikenakan jika didapati bersalah,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah media berhubung ejen syarikat jualan langsung dikatakan memancing pelanggan untuk membeli pelbagai produk suplemen keluaran mereka yang dijual pada harga mencecah ribuan ringgit.

Modus operandi mereka dengan memperdaya pelanggan menerusi kempen saringan darah dengan caj serendah RM10 dan menggunakan hasil ujian itu untuk menjual produk jualan mereka.

Khairy berkata, pelbagai tindakan boleh diambil berdasarkan kesalahan dan ia di bawah kuasa pihak Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN