Tempoh pulih pelancongan Malaysia bergantung negara luar

Tempoh pulih pelancongan Malaysia bergantung negara luar

R. Santhara Kumar (kiri) mencuba permainan catur selepas merasmikan penutupan Program Pembangunan Kemahiran Komuniti Kraf Catur Kayu Segamat di Kolej Komuniti Segamat 2, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Tempoh sektor pelancongan negara ini kembali pulih seperti sedia kala sebelum pandemik Covid-19 menyerang dunia bergantung kepada pembukaan sempadan negara luar. 

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. R. Santhara Kumar berkata, kementerian menjangkakan pemulihan sektor pelancongan negara dalam tempoh tiga tahun, namun bergantung kepada faktor tersebut.

“Sumbangan daripada sektor pelancongan pada 2019 yang mencapai RM89 bilion banyak bergantung kepada kedatangan pelancong dari negara luar khususnya China dan India.

“Kini China belum bersedia membenarkan rakyatnya ke luar negara. Ini bermaksud perancangan untuk menerima kehadiran pelancong luar sudah ada dalam kalangan pemain industri tetapi ia bergantung kepada pembukaan sempadan di negara terlibat,” katanya.

Santhara Kumar yang juga Ahli Parlimen Segamat ditemui pada majlis penutup Program Pembangunan Kemahiran Komuniti Kraf Catur Kayu Segamat di Kolej Komuniti Segamat 2, di sini.

 Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berpendapat, tempoh lima tahun disasarkan Tourism Malaysia untuk sektor pelancongan negara kembali pulih adalah terlalu lama.

Santhara Kumar berkata, bagi meningkatkan sektor pelancongan negara, Malaysia turut memberi fokus menarik pelancong dari negara lain seperti Asia Barat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN