Tabung Haji anjur Kursus Perdana sehingga 29 Mei

Tabung Haji anjur Kursus Perdana sehingga 29 Mei

haji
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menganjurkan Kursus Perdana Haji Musim 1442H/2022M secara berperingkat di seluruh negara bermula 15 Mei sehingga 29 Mei 2022.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, objektif utama Tabung Haji menganjurkan Kursus Perdana Haji itu adalah bagi melahirkan jemaah haji yang berpengetahuan dan berkeyakinan ketika melaksanakan ibadat haji kelak. 

Katanya, ini kerana ia merangkumi pendedahan terakhir terutama amali mengenai ibadat haji yang bakal ditunaikan mereka kelak.

“Bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa’ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan bagi memberi gambaran sebenar di Tanah Suci Melalui kursus ini, kita tunjukkan mereka suasana sebenar sepanjang ibadah itu dilakukan kelak. 

“TH menyarankan agar semua bakal haji terpilih tahun ini untuk hadir ke Kursus Perdana yang akan diadakan di negeri masing-masing. Ambil peluang ini untuk mengulang kaji dan jika ada sebarang persoalan, bertanya terus kepada pegawai TH dan Pembimbing Ibadat Haji yang sentiasa bersama bakal haji semasa kursus berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Untuk rekod, seramai 14,306 bakal haji Malaysia menunaikan rukun Islam ke lima pada tahun ini. 

Syarat utama bakal haji adalah mesti berumur di bawah 65 tahun, telah melengkapkan vaksin Covid-19, sihat tubuh badan, tiada penyakit kronik dan menyerahkan keputusan negatif ujian calitan Polymerase Chain Reaction (PCR) dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyeru semua bakal haji berganding bahu, tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain. 

Katanya, ia bagi mengelakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kekecohan, supaya ibadat haji yang bakal dilaksanakan berjalan dengan lancar.

“Yang paling penting, para bakal haji perlu menjaga kesihatan bermula sekarang. Lakukan senaman ringan dan minum air secukupnya agar kekal sihat sebelum berlepas ke Tanah Suci. 

“Dalam situasi wabak yang masih belum pulih, kebersihan diri perlu diutamakan dan jika tidak sihat, segeralah ke klinik-klinik Tabung Haji untuk mendapatkan rawatan bagi mengelak ia berlarutan,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya