Rawatan percuma untuk asnaf, OKU

Rawatan percuma untuk asnaf, OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hospital kerajaan sering menjadi satu-satunya tempat bergantung golongan asnaf dan orang kurang upaya (OKU) setiap kali memerlukan rawatan kesihatan.

Walaupun terpaksa menunggu berjam-jam, mereka tetap tabah dan setia menanti giliran.

Prihatin dengan situasi itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al-Farhain, Dr. Afif Mohd. Ridzwan tampil menawarkan rawatan percuma kepada golongan tersebut.

Katanya, inisiatif murni itu dilakukan sejak awal penubuhan pusat rawatan berkenaan dan menjadi nadi operasinya hingga kini.

“Pengalaman melihat ahli keluarga perlu menunggu lama sehingga hampir pengsan kerana muntah-muntah benar-benar membuka mata saya.

“Saat itu, saya sedar betapa beratnya ujian yang dilalui mereka,” katanya.

Selain rawatan percuma yang diberikan berterusan, pelbagai program kesedaran kesihatan turut dilaksanakan di lokasi strategik seluruh negara.

Afif percaya kesihatan adalah hak semua dan bukan keistimewaan bagi golongan berkemampuan sahaja

“Tiada siapa yang patut disisih daripada mendapat rawatan hanya kerana mereka tidak mampu membayar.

“Semoga kami terus diberi kekuatan dan kemudahan untuk berbakti kepada masyarakat, terutama mereka yang sering terpinggir dalam aspek kesihatan,” katanya.

Ditubuhkan pada 2020, Pusat Rawatan Al-Farhain kini mempunyai 11 cawangan klinik di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×