Stok ikan: Ada pegawai kerajaan menipu - Utusan Malaysia

Stok ikan: Ada pegawai kerajaan menipu

Kerenah birokrasi segelintir pegawai kerajaan merisikokan Malaysia berdepan kekurangan stok bekalan ikan.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terdapat segelintir pegawai kerajaan didakwa tidak memberi maklumat tepat selain memberi banyak alasan mengenai industri ikan negara, sekali gus mengancam stok sumber protein negara itu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, beliau mendapati terdapat beberapa pegawai yang menipu dan memberi maklumat salah tentang sektor perikanan.

Malah menurut beliau, karenah birokrasi dalam agensi tersebut juga menyumbang kepada krisis bekalan ikan sejuk beku dalam negara, apabila tidak mengoptimumkan penggunaan tempat simpanan sejuk beku sedia ada.

“Isu keselamatan makanan ini isu kritikal, namun seolah-olah tidak diambil serius. Sebab itu saya buat pendedahan. Kebanyakan sekarang ini, pegawai ini menipu saja. Mereka bagi maklumat yang salah. Misalnya ikan tiada dalam simpanan, mereka kata ada dalam simpanan.

“Sebab setiap tahun ada berlaku kekurangan ikan di pasaran, kerana ada musim tengkujuh maka berlakulah kekurangan ikan di pasaran. Jadi, cara penyelesaian ialah melalui back up dengan ikan sejuk beku.

“Jadi, saya minta supaya LKIM untuk melaksanakan penyimpanan ikan sejuk beku. Kita adalah prosedur perolehan dan sebagainya. Namun sehingga hari ini belum dilaksanakan. Bila masih lagi berlaku kekurangan ikan di pasaran, saya sedihlah. Sebab cadangan dah ada, malah cold room sedia ada pun kita boleh guna untuk simpan,” katanya.

Menjelaskan lanjut beliau mendedahkan, LKIM mempunyai dua bilik sejukj untuk simpanan ikan dalam kapasiti besar, namun tidak digunakan susulan karenah birokrasi.

“LKIM mempunyai dua buah kilang untuk membekukan ikan. (Namun) kilang itu pun tak berjalan. Kenapa tak berjalan? Sebab ia tak dioperasikan. Kilang ini di Kuala Besut dan Kuala Kedah,” katanya.

Semalam, Mingguan Malaysia menyiarkan laporan yang memetik Syed Abu Hassan sebagai berkata, masalah birokrasi dalaman didakwa menyebabkan tempat simpanan ikan sejuk beku LKIM terbiar kosong dan gagal memainkan fungsinya sebagai stok penyimpanan sumber protein negara.

Katanya, keadaan yang berlaku berpunca daripada masalah birokrasi dalaman kerajaan sehingga kemudahan tersebut gagal berfungsi sebagai stok simpanan ikan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN