Simposium berkubur jika tiada usaha pengukuhan

Simposium berkubur jika tiada usaha pengukuhan

TUN ABDUL HAMID MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu bakal senasib Hari Jawi yang sebelum ini diadakan pada setiap Jumaat jika tiada usaha untuk memperkukuh Bahasa Melayu.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, justeru beliau berharap program itu bukanlah sekadar untuk mendapat undi orang Melayu dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

Bagaimanapun beliau menghargai keberanian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menganjurkan simposium itu dalam keadaan kerajaannya yang tidak kukuh ini.

“Seorang Perdana Menteri perlu berfikir lebih jauh daripada pilihan raya umum yang akan datang.

“Sekurang-kurangnya simposium ini memberi peluang kepada kita untuk menyampaikan kepada beliau atau sesiapa juga yang menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pandangan kita bahawa untuk memperkukuh penggunaan bahasa Melayu, memerlukan kekuatan dan kemahuan politik perlu ada.

“Maka, Perdana Menteri perlulah memikirkan bagaimana hendak memperkuat kedudukan politik Melayu, terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk ‘Bahasa Melayu dan Pengukuhan Melalui Undang-Undang’ secara maya dalam Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini.

Menurut Abdul Hamid, kedudukan bahasa Melayu berhubung rapat dengan politik Melayu kerana kedua-dua mempunyai kaitan sama.

“Pertama sekali saya katakan, kedudukan bahasa Melayu berhubung rapat dengan kedudukan politik Melayu, kuat kedudukan politik Melayu, kedudukan bahasa Melayu boleh diperkukuh,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hamid menjelaskan, pengkukuan bahasa Melayu janganlah sampai melemahkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan graduan Melayu. 

Hal ini kerana, katanya, para graduan Melayu yang lemah dalam bahasa Inggeris tidak dapat bersaing dengan graduan-graduan bukan Melayu di pasaran. 

“Kita perlukan pemimpin-pemimpin politik Melayu, hakim-hakim, pegawai-pegawai, ahli-ahli korporat dan ahli akademi yang mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris agak baik,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN