Seorang maut gara-gara pergaduhan guna senjata tajam

Seorang maut gara-gara pergaduhan guna senjata tajam

TANGKAP layar rakaman video yang tular menunjukkan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30 tahun dibasahi darah selepas dipercayai menjadi mangsa dalam satu pergaduhan di Kampung Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut selepas dipercayai menjadi mangsa dalam kejadian pergaduhan yang turut membabitkan seorang wanita serta empat lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.20 malam tadi di Kampung Baru, di sini.

Katanya, tiga rakaman video mengenai kejadian tersebut yang masing-masing berdurasi 17, 10 dan lima saat turut tular sekitar pukul 10.23 pagi ini.

Menurut beliau, rakaman video itu dimuat naik menerusi laman Facebook, ‘Kongsi Segala Info’ dan turut memaparkan kejadian pergaduhan berkenaan yang menggunakan senjata tajam dipercayai sejenis pedang.

“Mangsa iaitu seorang lelaki tempatan yang berusia dalam lingkungan 30 tahun mengalami cedera parah akibat pergaduhan itu dan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Bukit Mertajam di sini.

“Siasatan awal mendapati, lokasi kejadian adalah kawasan terbuka iaitu berhampiran medan selera dan kesemua yang terlibat iaitu warga tempatan didapati saling mengenali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ketika ini katanya, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengesan suspek lain yang terlibat.

“Punca kejadian masih disiasat dan polis turut meminta orang awam yang menyaksikan kejadian berkenaan supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Ahmad Shahir Adnan di talian 019-9517045 atau 04-5382222.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujar beliau. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya