Seorang maut, dua parah motosikal bertembung - Utusan Malaysia

Seorang maut, dua parah motosikal bertembung

SEORANG lelaki maut apabila motosikal ditunggangi bersama rakannya bertembung kenderaan sama di Jalan Paip, Meru di Klang, Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki maut manakala dua lagi parah apabila dua buah motosikal bertembung dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Paip, Meru di sini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.50 malam berhampiran sebuah tadika itu dipercayai turut melibatkan seorang pekerja penghantar makanan.

Mangsa, Muhammad Irfan Mohd. Faizal dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum tiga buah ambulans tiba, sementara dua lagi yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara ketika dihubungi memaklumkan kejadian tersebut masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya