covid-19

Semua negeri catat peningkatan kes positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan 2,241 kes berbanding kelmarin, 2,151 kes tetapi terus diatasi 2,433 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,160 kes diikuti Kuala Lumpur (261), Pulau Pinang (151), Negeri Sembilan (116), Johor (104), Perak (97), Kedah (92) dan Melaka (51).

Diikuti Kelantan (46), Sarawak (39), Pahang (36), Sabah (38), Terengganu (32), Perlis (13), Putrajaya (4) dan Labuan, enam kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 481 orang berbanding kelmarin, seramai 468 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan peningkatan kepada 69 orang berbanding jumlah kelmarin, 88 orang.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan penurunan kepada 39 kes berbanding jumlah kelmarin, 59 kes

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 68 kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,010 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, satu kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,584 kes. 

Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,533 kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN