Manfaatkan ruang kosong di sekolah

Manfaatkan ruang kosong di sekolah

PERKASA komuniti sekolah melalui pendekatan reka bentuk berimpak tinggi yang memupuk kesejahteraan, daya cipta dan semangat pembelajaran dalam kalangan generasi muda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBANYAK RM100,00 disumbangkan kepada lima sekolah di Parlimen Sepang bagi Projek Transformasi Ruang Sekolah bagi inisiatif Projek Mesra Rakyat (PMR) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui agensinya Urbanice Malaysia.

Bagi Parlimen Sepang, inisiatif ini difokuskan kepada ruang sekolah. Inisiatif ini membuktikan bahawa pendekatan berimpak tinggi tidak semestinya memerlukan perubahan besar tetapi boleh dicapai menerusi transformasi mikro yang berstrategi dan kreatif, dengan tumpuan kepada keperluan sebenar murid dan guru.

Lima sekolah telah menerima sokongan pembiayaan dan teknikal bagi melaksanakan transformasi berikut:
SMK Sungai Pelek – Dewan Kuliah ditransformasikan kepada Ruang Transformasi Pelbagai Guna yang menyokong pembelajaran fleksibel dan kolaboratif.
SK Dengkil – Bilik Seni dan Tari ditukar menjadi ruang perkongsian STEM dan muzik untuk menjadikan ruang ini titik tumpu kepada inovasi murid.
SK Tanjong Sepat – Ruang legar berumput dinaik taraf kepada tapak keusahawanan bagi memperkasakan aktiviti Kelab Usahawan sekolah yang kian aktif, serta memupuk minat keusahawanan sejak usia muda.
SK Kota Warisan – Sebuah Sudut STEM diwujudkan di bilik pemulihan, manakala dataran perhimpunan diperindah dengan elemen visual Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) untuk mendidik murid tentang kemampanan.
SK Cyberjaya – Sebuah taman permainan mini dibina di kawasan lapang sedia ada sebagai penyelesaian kreatif kepada ketiadaan padang sendiri bagi memastikan murid mendapat akses kepada aktiviti fizikal dan riadah.

Inisiatif ini menjadi sebahagian daripada usaha untuk menyokong agenda kemampanan KPKT dengan menyasarkan sekolah sebagai pusat perubahan dan inspirasi dalam komuniti. Urbanice Malaysia komited untuk terus memperkasa komuniti sekolah melalui pendekatan reka bentuk berimpak tinggi yang memupuk kesejahteraan, daya cipta dan semangat pembelajaran dalam kalangan generasi muda.

Sekolah bukan hanya tempat menimba ilmu, tetapi nadi perubahan yang mampu mencorak masa depan masyarakat dan negara. – UTUSAN

URBANICE MALAYSIA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN