Reman anak bekas diplomat tanam pokok ganja dilanjut - Utusan Malaysia

Reman anak bekas diplomat tanam pokok ganja dilanjut

THAILAND membenarkan penanaman ganja di rumah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Reman terhadap anak bekas diplomat yang disyaki terlibat dalam aktiviti penanaman pokok ganja di Janda Baik di sini dilanjut selama lima hari.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, tahanan reman ke atas suspek kedua berusia 53 tahun itu disambung bermula esok sehingga 4 Jun.

“Permohonan reman kali kedua di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah itu bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan berhubung kejadian ini,” katanya di sini hari ini.

Sabtu lalu pihak polis gagal mendapatkan perintah bagi menyambung reman terhadap bekas diplomat bergelar Datuk yang ditahan kerana disyaki menanam ganja di Janda Baik baru-baru ini.

Difahamkan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim tidak membenarkan permohonan reman kedua yang dibuat pihak polis.

Susulan itu warga emas berusia 78 tahun itu dibebaskan meskipun terdapat permohonan daripada pihak polis bagi mendapatkan tambahan reman bagi siasatan lanjut.

Baru-baru ini, polis berjaya menumpaskan aktiviti penanaman ganja ‘ala ladang’ di pusat peranginan Janda Baik selepas menahan seorang lelaki bergelar Datuk yang juga bekas diplomat bersama anaknya.

Susulan itu pada 21 Mei lalu polis menahan seorang lelaki berumur 78 tahun di sebuah rumah di Kampung Sum Sum Hilir di Janda Baik dan menahan seorang lagi suspek lelaki berusia 53 tahun yang merupakan anak suspek pertama di Shah Alam pada 24 Mei lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya