‘PN tidak terjejas dengan tindakan Zuraida’

‘PN tidak terjejas dengan tindakan Zuraida’

ABDUL Hadi Awang (dua, dari kanan) hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perikatan Nasional (PN) tidak terjejas dengan tindakan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia itu untuk memilih haluan politik baharu.

“Ini negara demokrasi, jadi boleh ikut mana-mana parti. 

“Pemimpin datang dan pergi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Terengganu, di sini hari ini.

ZURAIDA KAMARUDDIN

Akhbar hari ini melaporkan Zuraida keluar daripada Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida berkata, tindakan itu dibuat selepas pertimbangan mendalam di samping keyakinan terhadap perjuangan PBM yang berteraskan enam prinsip utama. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya