PM tiba di London hadiri pameran ‘Tenun Pahang: Weaving Hope’

PM tiba di London hadiri pameran ‘Tenun Pahang: Weaving Hope’

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di London sebelum meneruskan perjalanan ke Washington, Amerika Syarikat untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat.

Beliau memberitahu, semasa di sana, beliau akan berkunjung ke pameran ‘Tenun Pahang: Weaving Hope’ untuk memperkenalkan produk tenunan tempatan ke persada antarabangsa.

“Alhamdulillah, selamat tiba di Lapangan Terbang Luton, London.

“Saya juga akan bertemu dengan Keluarga Malaysia di London dalam Majlis Sambutan Aidilfitri,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Memetik laporan Bernama, ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Luton pada 2 pagi (9 pagi waktu Malaysia) disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, Zakri Jaafar.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Zahid Rastam serta ketua-ketua jabatan dan agensi Malaysia yang berpejabat di London menyambut ketibaan Ismail Sabri di hotel penginapannya.

Beliau turut dijadual menghadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang berada di London bagi pameran yang julung kali diadakan itu.

Pameran Tenun Pahang Diraja bermula semalam diadakan selama seminggu sehingga Ahad ini antara lain memperagakan tenunan dari penjara, yang menampilkan tenunan tradisional lengkap dengan penenun bertugas, fabrik arkib dari Muzium Pahang dan pilihan pakaian Tunku Azizah sendiri, selain koleksi Tenun peribadi.

Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Malaysia dengan rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom.

Ismail Sabri dijadual berlepas ke Washington DC pada 5 petang Selasa (12 tengah malam waktu Malaysia). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN