PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera yang berlangsung di Laman Kerayong, Bera, Pahang, Sabtu ini.
Ismail Sabri memaklumkan, rumah terbuka itu bermula dari pukul 9 pagi sehingga 2 petang.
“Sabtu ini, 7 Mei 2022 jom hadir beramai-ramai ke Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera. Bawa sekali anak-anak, keluarga dan rakan taulan. Kita beraya bersama-sama sebagai sebuah Keluarga Malaysia.
“Rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Bera bermula 9 pagi hingga 2 petang di Laman Kerayong, Bera Pahang,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Selain itu, keesokkannya pula diadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang. – UTUSAN