PJKM rekod hasil jualan cecah RM54.5 juta 

PJKM rekod hasil jualan cecah RM54.5 juta 

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) merekodkan jumlah jualan mencecah RM54.5 juta dengan seramai 2.8 juta pengunjung dicatatkan setakat Jumaat lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, PJKM yang dilaksanakan di semua 222 Parlimen di seluruh negara meliputi 1,702 lokasi dengan purata tujuh lokasi di setiap kawasan.

“Perancangan awal pelaksanaan PJKM adalah hanya sehingga 31 Mac lalu. Bagaimanapun, atas permintaan ramai, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) setuju supaya pelaksanaan PJKM dilanjutkan sehingga Jun ini.

“PJKM yang merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membantu meringan beban kos sara hidup rakyat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Alexander, sepanjang pelaksanaan PJKM, pelbagai barangan keperluan harian dijual dengan harga istimewa sehingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran setempat antaranya ayam segar, telur ayam, minyak masak, gula, tepung dan sayur-sayuran.

Jelasnya, secara keseluruhan, seramai 240 rakan strategik terlibat dalam menjayakan PJKM yang terdiri daripada pemain industri peruncitan iaitu dalam kalangan pasar raya besar, pasar raya, pembekal serta pemborong. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN