PH tunggu PM tetapkan tarikh sidang khas Parlimen - Utusan Malaysia

PH tunggu PM tetapkan tarikh sidang khas Parlimen

ANWAR Ibrahim beramah mesra bersama peserta program Sambutan Raya Mat Moto 1.0 di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pakatan Harapan (PH) masih menunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menetapkan tarikh sidang khas Parlimen bagi Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dibahaskan secepat mungkin.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, draf RUU itu sudah hampir siap dan hanya menunggu untuk Perdana Menteri menetapkan tarikh untuk dibahaskan di Parlimen.

“Kami sudah desak untuk disegerakan, beliau sudah janji dan mesti ditunaikan. 

“Pada 18 Julai adalah jadual asalnya namun yang dijanjikan oleh Perdana Menteri adalah sebelumnya. Jadi kita rancang adalah sebelum akhir Mei, tetapi ada beberapa alasan jadi kami minta awal Jun, kami masih menunggu keputusan Perdana Menteri,” kata beliau  pada majlis Sambutan Raya Mat Moto 1.0 di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Undang-undang Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti bakal dilaksanakan tahun depan jika RUU itu dibentangkan di Parlimen Julai ini.

Bagaimanapun, RUU tersebut boleh berkuat kuasa September ini sekiranya dibentangkan pada Sidang Khas Parlimen yang turut dicadangkan oleh pelbagai pihak agar diadakan bulan depan.

Wan Junaidi berkata, berhubung sidang khas Parlimen pada Jun itu, terserah kepada Ismail Sabri bagi menentukan tarikhnya dengan melihat pelbagai aspek memandangkan 14 hari notis perlu diberikan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya