Peruntukan RM12.7 bilion percepat pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

Peruntukan RM12.7 bilion percepat pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

PROJEK Lebuh Raya Pan Borneo Sabah yang sedang dalam pembinaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TONGOD: Kelulusan peruntukan RM12.7 bilion bagi membina 19 lagi pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo akan membantu mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut di Sabah.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai kelulusan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

BUNG Moktar Radin (kiri) pada majlis pelancaran projek naik taraf jalan di Tongod semalam.

Beliau berkata, pembinaan baki 19 pakej itu dijangka dilancarkan pada November ini selepas Kementerian Kewangan melantik syarikat yang layak untuk melaksanakan pembinaannya.

“Saya dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa Kabinet telah meluluskan peruntukan untuk baki 19 pakej Pan Borneo fasa satu.

“Saya akan terus menyuarakan isu ini selagi ia belum dimulakan. Namun, saya yakin dengan janji Perdana Menteri yang mengatakan pakej ini akan dianugerahkan kepada syarikat yang berkelayakan pada tahun ini,” katanya selepas pelancaran projek menaik taraf Jalan Linayukan, Tongod-Sinaron, Sook, Keningau semalam.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, pihaknya menerima baik pemberian peruntukan melalui dana infrastruktur kerajaan tanpa perlu penggunaan inisiatif kewangan swasta (PFI) seperti yang dicadangkan olehnya sebelum ini.

Walau bagaimanapun katanya, bagi pembinaan fasa dua projek itu nanti beliau akan mencadangkan semula penggunaan PFI bagi mempercepatkan proses pembinaannya.

Pada Jumaat, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan untuk baki 19 pakej fasa satu Lebuhraya Pan Borneo yang berjumlah RM12.7 bilion. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN