Perlis sasar hasil padi 384,000 tan menjelang 2025

Perlis sasar hasil padi 384,000 tan menjelang 2025

SASARAN peningkatan padi di Perlis mampu dicapai menerusi program Ladang Benih Padi yang dapat menghasilkan benih berkualiti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Perlis menyasarkan peningkatan pengeluaran hasil padi kepada 384,000 tan metrik setahun bagi keseluruhan 24,000 hektar kawasan penanaman padi di negeri ini menjelang 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Nurulhisham Yaakob berkata, peningkatan tersebut mampu dicapai melalui program Ladang Benih Padi yang dapat menghasilkan benih berkualiti dan meningkatkan pengeluaran hasil.

Beliau berkata, pihaknya melalui pertubuhan peladang kawasan (PPK) sedang mengenal pasti tapak-tapak yang sesuai untuk dijadikan ladang benih padi tersebut.

“Penghasilan benih padi sendiri sekali gus dapat mencapai sasaran peningkatan hasil padi kepada lapan tan metrik bagi sehektar menjelang 2025 berbanding kira-kira lima hingga tujuh tan metrik sehektar ketika ini.

“Terdapat beberapa tapak yang menghasilkan benih sendiri ketika ini tetapi jumlah tersebutbelum mencukupi untuk dijadikan kilang pengeluaran benih,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Empat di sini, semalam.

Sementara itu, Nurulhisham memberitahu, ketika ini, petani Perlis bergantung kepada benih padi yang diambil dari luar negeri ini.

“Kita nak buat benih padi sendiri kerana dapat menghasilkan benih yang berkualiti sebab padi-padi di Perlis menghasilkan beras yang berbeza dari negeri lain.

“Ramai yang cakap beras di Perlis sedap dan tidak berkapur. Buat masa sekarang kita belum ada kilang sendiri. Kita buat benih dan bekalkan di tempat-tempat pengeringan luar daripada negeri ini,” katanya.

Tambahnya, setiap satu hektar kawasan penanaman padi memerlukan tujuh kampit benih padi untuk semusim menjadikannya 14 kampit untuk setiap tahun. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya