ALOR SETAR: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Datuk Johari Abdul gagal dalam cubaannya merebut jawatan Ketua Cabang PKR Sungai Petani pada Pemilihan PKR tahun ini. Johari yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri tewas kepada Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min dengan majoriti 103 undi. Ahli Parlimen Sungai Petani dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun itu sekadar memperolehi 464 undi berbanding Simon yang…










