Pemandu Toyota Alphard dibebas jaminan polis

Pemandu Toyota Alphard dibebas jaminan polis

KERATAN laporan Utusan Online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu kereta Toyota Alphard yang direman selepas disyaki memandu secara berbahaya minggu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, suspek dibebaskan semalam selepas diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Sebelum ini, suspek direman tiga hari sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan selepas ditahan susulan insiden itu tular dalam media sosial pada Ahad lepas. 

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya di sini hari ini. 

Tambahnya, tindakan lanjut akan diambil oleh pegawai penyiasat JSPT sebelum kertas siasatan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.

Ahad lalu,  JSPT Bukit Aman dilaporkan berkata, sebuah Toyota Alphard berwarna putih dirakam dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan dan melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya lain.

Katanya, JSPT mendapati kejadian berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (arah timur) pada 30 April lalu.

Susulan itu, pemandu berusia 43 tahun itu ditahan di pekarangan pejabat Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 2 petang Ahad lalu sebelum dibawa ke mahkamah untuk permohonan perintah reman.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN