Pemandu BMW pandu berbahaya dicari - Utusan Malaysia

Pemandu BMW pandu berbahaya dicari

TANGKAP layar dashcam menunjukkan kereta BMW dipandu secara berbahaya di Jalan Batu Arang- Rawang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis giat mengesan pemandu sebuah kereta BMW 318i berwarna hitam yang dipandu secara berbahaya dan memotong di garisan berkembar di Jalan Batu Arang-Rawang di sini sehingga tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, tindakan pemandu itu cuba memotong barisan kenderaan di kawasan garisan berkembar dan juga melawan arus menyebabkan berlakunya kemalangan membabitkan pengguna jalan raya yang lain.

“Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengesan satu rakaman video berdurasi 48 saat yang tular di media sosial sekitar 4 petang, hari ini.

“Satu laporan polis sudah dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, pihaknya sedang mengesan pemandu kenderaan berkenaan dan pemilik rakaman papan pemuka (dashcam).

Ujar beliau, saksi kejadian dan pengguna jalan raya yang terbabit dalam kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya