PATI cuba cerobohMalaysia sepanjang Aidilfitri 

PATI cuba ceroboh Malaysia sepanjang Aidilfitri 

SHAHRIZAN Raman (kiri) dan Mohd. Hambali Yaakup masing-masing menandatangani dokumen serah terima tugas Pengarah Maritim Perak sambil disaksikan Kamaruszaman Abu Hassan di pejabat Maritim Perak di Lumut, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Warga asing khususnya dari Myanmar dan Indonesia dikesan cuba memasuki Malaysia secara haram melalui laluan laut selepas Malaysia mewartakan fasa endemik Covid-19 khususnya sepanjang musim perayaan ini.

Sehubungan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mengambil sikap berwaspada dengan trend itu dengan menempatkan aset pasukan di lokasi strategik bagi menghalang kemasukan beramai-ramai warga asing ke negara ini menggunakan laluan tidak sah.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Kamaruszaman Abu Hassan berkata, antara usaha dilakukan adalah menempatkan kapal peronda di kawasan perairan sempadan negara serta bot operasi di sepanjang persisiran pantai selain pemantauan dari udara menggunakan pesawat pasukan itu, sepanjang masa.

“Di Perak, kami menempatkan sebuah bot peronda dari ibu pejabat Maritim Malaysia negeri di sini ke sempadan perairan antarabangsa dan sebuah bot mengawasi perairan selatan negeri manakala dua bot dari Maritim Kuala Kurau bertugas mengawal pesisiran pantai utara Perak,” katanya selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Maritim Perak, di sini hari ini.

Bekas Ketua Cawangan Risik Maritim Malaysia, Kapten Maritim Mohd. Hambali Yaakup dilantik sebagai Pengarah Maritim Perak yang baharu bagi menggantikan Kapten Maritim Shahrizan Raman yang dilantik sebagai Pengarah Zon Maritim Tawau, Sabah.

Menurut Kamaruszaman, trend kemasukan warga asing melalui laut itu dibuktikan menerusi penahanan bot asing yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI)  memasuki perairan negara di Kuala Gula, Perak pada 30 April lalu dan Langkawi, Kedah pada 1 Mei lepas. 

Jelasnya, setakat ini pihaknya berjaya mengekang percubaan itu tetapi situasi perairan negara belum selamat daripada pencerobohan kerana musim perayaan belum tamat.

Beliau memaklumkan antara taktik digunakan oleh sindiket yang membawa PATI tersebut adalah menggunakan bot tradisional tanpa nombor pendaftaran dan bergerak menyusuri laluan kapal dagang sekali gus berselindung di sebalik kapal itu bagi mengelak dikesan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya