BAM tepis dakwaan tandus bakat perseorangan

BAM tepis dakwaan tandus bakat perseorangan

Kenny Goh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menolak tanggapan skuad perseorangan lelaki negara ketandusan bakat meskipun kempen hambar pada Piala Thomas di Horsens, Denmark minggu lalu mengundang kritikan ramai pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Prestasi kurang meyakinkan Leong Jun Hao dan Justin Hoh dalam kejohanan berpasukan berprestij itu bagaimanapun bukan gambaran sebenar kekuatan pemain perseorangan negara.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, BAM sebenarnya memiliki ramai pemain berpotensi dalam acara perseorangan, namun faktor kecederaan sedikit sebanyak menjejaskan perkembangan mereka.

“Saya tidak bersetuju kalau ada yang kata kita tidak cukup bakat dalam acara perseorangan kerana kita sebenarnya memiliki ramai pemain yang berpotensi.

“Cuma mungkin kita kurang bernasib baik apabila ramai pemain berdepan kecederaan, ada yang masih menjalani proses pemulihan dan ada juga yang baru kembali semula,” kata Kenny.

Menurut Kenny, faktor kecederaan yang melanda beberapa pemain utama menyukarkan BAM untuk menurunkan kombinasi terbaik secara konsisten dalam kejohanan besar sepanjang musim ini.

Beliau berkata, situasi tersebut turut memberi kesan kepada proses pembangunan prestasi pemain kerana ada antara mereka gagal mendapat rentak pertandingan yang mencukupi.

Dalam masa sama, BAM menegaskan usaha mencari pelapis baharu tidak pernah terhenti walaupun badan induk itu berdepan tekanan selepas kempen mengecewakan di Denmark.

Untuk rekod, Jun Hao tewas dalam ketiga-tiga perlawanan disertainya manakala Justin Hoh hanya meraih satu kemenangan daripada empat aksi sepanjang kempen di Horsens. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN