Padah ‘merempit’ depan sekolah, 11 motosikal disita

Padah ‘merempit’ depan sekolah, 11 motosikal disita

SERAMAI 11 individu termasuk lima remaja ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti lumba haram di hadapan SMK Pernu, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 11 individu termasuk lima remaja ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti lumba haram di hadapan sebuah sekolah di sini, Jumaat lalu. 

Kesemua mereka berusia antara 14 tahun hingga 21 tahun ditahan kira-kira pukul 6.30 petang di Jalan Telok Mas, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pernu, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, kumpulan itu ditahan Unit Polis Peronda Lebuhraya (HMPV) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. 

Katanya, hasil soal siasat kesemua terlibat mengaku berkumpul di kawasan tersebut bagi melihat aktiviti lumba haram. 

“Hasil maklumat orang awam, sepasukan HMPV IPD Melaka Tengah menyerbu dan menahan 11 individu untuk menjalankan pemeriksaan. Kita dapati mereka ini berkumpul di bahu jalan bagi menonton aktiviti lumba haram, malah lima daripadanya berusia 14 hingga 17 tahun dipercayai turut berlumba di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata, susulan itu, polis mengeluarkan 68 saman atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Antara kesalahan dilakukan adalah tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu, ubah suai ekzos dan tiada cermin sisi. Kita juga menyita 11 buah motosikal untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya