Operasi khas hapus babi liar di Pantai Kundor

Operasi khas hapus babi liar di Pantai Kundor

TUMINAH Kadi bersama anggota Perhilitan menghapuskan seekor babi liar yang merempuh penunggang motosikal dalam kejadian di Pantai Kundor, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Satu operasi khas menghapuskan babi liar dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka tidak lama lagi, berikutan banyak aduan diterima daripada penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, kehadiran haiwan tersebut dilihat semakin membimbangkan kerana selain mengganggu penduduk, banyak tanaman diusahakan musnah.

Katanya, kejadian seorang penunggang motosikal dirempuh babi liar di Pantai Puteri dekat sini baru-baru ini, menyebabkan mangsa  patah kaki.

“Babi yang dipercayai merempuh motosikal seorang lelaki  ditembak mati oleh empat anggota Perhilitan minggu lalu. Kejadian tersebut menyebabkan beberapa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKPP) menyarankan satu operasi khas dengan kerjasama Perhilitan untuk menghapuskan haiwan tersebut.

“Kawasan yang sering diganggu ialah Tanjung Kling, Pantai Kundor, Kampung Gelam dan Kampung Tanah Merah,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tuminah berkata, beliau menerima laporan berhubung peningkatan mendadak babi liar dengan anggaran sebanyak 300 ekor sering berkeliaran.

Ujarnya, sejak awal tahun ini, Perhilitan negeri t menghapuskan 100 ekor haiwan itu di sekitar kawasan panas yang dikenal pasti.  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN