Operasi buru baki etnik Rohingya bolos masih diteruskan

Operasi buru baki etnik Rohingya bolos masih diteruskan

HAMZAH Zainudin (tengah) bersama tetamu yang hadir pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Majlis Daerah Selama, Larut, Perak, hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Operasi mengesan 60 lagi baki tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Kedah bulan lalu masih diteruskan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, operasi mengesan mereka masih giat dijalankan.

“Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama mengenal pasti lokasi sebenar baki tahanan yang melarikan diri itu untuk tindakan lanjut. Kebanyakkan saki baki etnik itu yang dikesan dan ditangkap berada di Selangor dan Perak.

“Kita yakin semua baki pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri dan masih bebas itu akan ditangkap dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Majlis Daerah Selama, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.30 pagi 20 April lalu, seramai 528 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Tahanan Sementara dengan memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang.

Enam daripada mereka maut dalam kemalangan ketika cuba melintas Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Kilometer 168.

Susulan kejadian itu, polis melancarkan Op Kesan bagi mengesan baki pelarian yang melarikan diri dengan empat Sekatan Jalan Raya (SJR) dibuat di Seberang Perai Selatan, empat di Bandar Baharu dan lima di Kulim, Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN