Noraini minta semua sabar, tunggu laporan penuh

Kematian pelajar: Noraini minta semua sabar, tunggu laporan penuh

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pengajian Tinggi meminta orang ramai untuk bersabar dan menunggu laporan penuh berhubung kematian seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, ini berikutan pihak kementerian masih menunggu laporan penuh punca kematian sebenar pelajar tersebut yang masih dalam siasatan dan kini sedang menunggu laporan makmal. 

“Sekurang-kurangnya terdapat tiga laporan yang perlu diperoleh bagi melengkapkan siasatan terperinci iaitu dari pihak Hospital Sultanah Bahiyah, Jabatan Kimia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“UUM juga telah memberi komitmen kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkenaan agar siasatan telus dapat dilakukan dengan sebaiknya. 

“Kementerian Pengajian Tinggi berharap semua pihak yang terlibat dapat bersabar menunggu hasil siasatan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Noraini turut mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar Semester 4, Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) UUM, R.Vinosiny yang meninggal dunia, baru-baru ini. 

Vinosiny, 21, dilaporkan meninggal dunia di asrama pengajian tinggi itu, sabtu lalu dengan kesnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, setakat ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan dilapor berkata, siasatan awal mendapati pelajar tersebut diserang sawan, namun pihaknya masih menanti laporan kimia berhubung kematian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN