Nasi goreng RM6: Pelanggan, pekerja restoran nasi kandar bergaduh - Utusan Malaysia

Nasi goreng RM6: Pelanggan, pekerja restoran nasi kandar bergaduh

TANGKAP layar rakaman video kekecohan di sebuah restoran nasi kandar di Bahau, Jempol ekoran pergaduhan di antara pelanggan dan pekerja restoran terbabit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Gara-gara tidak puas hati dengan  nasi goreng kosong dengan telur berharga RM6, sebuah restoran nasi kandar di Bahau,Jempol kecoh dengan pergaduhan antara pelanggan dan pekerja di restoran berkenaan.

Rakaman kejadian pada pukul 2.30 pagi itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Ho Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang mendakwa telah ditumbuk lelaki lain semasa berada di kaunter bayaran.

Menurut beliau, pergaduhan tersebut berpunca apabila seorang  wanita yang memesan nasi goreng kosong dan telur mengadu  harga makanan  tersebut mahal.

“Juruwang restoran berkenaan didakwa  meninggikan suara kepada wanita  yang mempertikaikan harga nasi goreng tersebut. 

“Situasi itu menyebabkan anak wanita itu yang juga pengadu berang dan mengambil kotak tisu lalu  membaling ke arah juruwang tersebut tetapi kotak tisu itu   terkena barang-barang di atas kaunter juruwang,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau,  seorang pekerja yang melihat perbuatan pengadu terus menumbuk pengadu sebelum beberapa pekerja lain dan pelanggan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Chang Hook berkata, polis membuka kertas siasatan kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan meminta saksi-saksi   tampil untuk membantu siasatan. 

Dalam itu, kata beliau, pihaknya  turut menafikan dakwaan bahawa pihak polis campur tangan dan terlibat dalam menyelesaikan kes pergaduhan tersebut.

“Pihak polis telah mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya